Sambutan Hari Raya dan Pelancaran Penubuhan Alumni

Mesyuarat Agung Tahunan yang pertama

Forum

Bincang-bincang

Daftar Keahlian

Jom daftar

Under Construction

Check back later

Under Construction

Check back later

27.6.12

Scholarship Multimedia Development Corporation (MDeC)


The Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI), through Multimedia Development Corporation (MDeC) is pleased to announce the offering of scholarship to Malaysian students for pursuing full-time undergraduate and postgraduate studies at recognized Institutions of Higher in Malaysia and abroad.

for those who are interested or have any questions regarding this scholarship, check this website; http://cill.my/scholarship_form/home

Good Luck!

~ AINI FATIHAH ROSLAM ~

12.6.12

Sukarelawan Hari Sukan SMKKGB 2012


Alumni SMKKGB sedang mencari SUKARELAWAN untuk Kejohanan Sukan Sekolah yang bakal diadakan pada 25 Jun 2012. Kepada alumni yang mempunyai kelapangan dan berminat untuk MENYUMBANG tenaga sila hubungi SETIAUSAHA Alumni SMKKGB di talian 013 920 5223 (sms NAMA PENUH dan NO KAD PENGENALAN). 

Terima Kasih. 




~AINI FATIHAH ROSLAM~


24.11.11

Tahniah Ahmad Zulhilmie Zainal

Tahniah kepada salah seorang Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Gong Badak (SMKKGB) yang juga merangkap Ahli Jawatankuasa Alumni sesi 2011/2012 kerana berjaya terpilih menjadi Pengarah Muzik Radio Hot Fm Terengganu. 

Menurut MStar Online, penyampai yang akan bertugas di Hot FM T’ganu adalah adalah Mohd Rafly Rahamat (Rafly), 25, Mohd Hermansani Aminudin (Bell), 28, Muhammad Azri Ismail (Azri), 23, dan Nurul Ain Omar (Ain), 22. Sementara penyampai Hot FM Kelate adalah Shazwani Mohamad Shakeri (Shaz), 26, Syed Mohd Farid Mohd Nor (Farid), 24, Mohamad Hafizie Roslan (Fizie), 23, dan Wan Zuraini Wan Hasan (Renny), 23.

Dua orang eksekutif muzik turut terpilih iaitu Mohd Izzul Nazmi Mazri (Izzul), 23, yang akan bertugas di Hot FM Kelate manakala Ahmad Zulhilmie Zainal (Zul), 25, akan mengendalikan Hot FM T’ganu.
Mereka akan mula bertugas 2 Januari depan dan konti kedua-dua saluran itu akan berpengkalan di Kota Bahru dan Kuala Terengganu.
Gambar ihsan: www.gua.com.my
Ahmad Zulhilmie Zainal, dua dari kiri.

Tahniah dan selamat maju jaya kepada Ahmad Zulhilmie Zainal daripada pihak Alumni SMKKGB. Semoga kejayaan anda menjadi sumber inspirasi kepada rakan-rakan yang lain.
~AINI FATIHAH ROSLAM~

19.9.11

Persatuan Alumni SMK Kompleks Gong Badak dilancar


KUALA TERENGGANU 5 Sept. - Persatuan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Gong Badak (KGB) di sini, dilancarkan kelmarin bagi menyatukan bekas pelajarnya dan membantu meningkatkan tahap kecemerlangan sekolah itu.

Penubuhan alumni itu adalah hasil inisiatif beberapa bekas pelajar kumpulan terawal sekolah tersebut selain dengan kerjasama Pengetua SMK KGB, Abdullah Mamat selaku Penasihat persatuan itu.

Abdullah berharap, badan sukarela itu akan turut bergerak seiring dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam membangunkan pendidikan sekolah.

Di samping itu, katanya, ia juga sebagai landasan untuk berkongsi maklumat dan pengalaman antara bekas pelajar yang kini telah berjaya dalam kerjaya masing-masing sebagai model kepada para pelajar.

"Penubuhan persatuan tersebut dapat membantu mengembalikan kegemilangan sekolah bertepatan dengan slogan 'Ilmu, Amal dan Iman'," katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis itu.

Menurut beliau, pada masa ini persatuan sedang mengumpul maklumat daripada bekas pelajar bagi membolehkan pelbagai aktiviti dapat dirancang .

"Buat permulaan, persatuan akan cuba mengumpul dana bagi membolehkan program akademik dapat dilaksanakan untuk faedah pelajar terutama yang bakal menduduki peperiksaan," ujarnya.

Serentak dengan pelancaran alumni itu, lagu rasmi sekolah 'SMK KGB Gemilang' yang liriknya ditulis oleh Abdullah dan susunan muzik oleh guru SMK Bukit Besar, Che Azman Abdullah turut dilancarkan.

Majlis itu turut dihadiri oleh Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu, Shafruddin Ali Hussin yang pernah menjadi Pengetua sekolah tersebut.

SEBAHAGIAN daripada bekas pelajar yang menyertai majlis pelancaran Persatuan Alumni SMK Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu, kelmarin.


~AINI FATIHAH ROSLAM~

24.8.11

Sambutan Hari Raya & Pelancaran Penubuhan Alumni


Register RAYA REUNION
Tarikh: (31 Ogos 2011) (Hari raya Kedua)
Jam 7.30 malam-11.00 malam.
Tempat: GRAND CONTINENTAL HOTEL.
Bayaran: RM 30.00 + RM 10.00 (CD akan diberikan kepada sekolah) + RM 10.00 (sumbangan Tabung). Sekirannya membawa pasangan suami/isteri bayaran tambahan sebanyak RM 35.00 perlu ditambah.
Bayaran telah ditetapkan dalam mesyuarat oleh cikgu dan AJK Pelaksana.

Bayaran boleh dibuat kepada
1. CIKGU NORHAYATI di SMKKGB (sila hubungi Cikgu di NO 019-959 5996)
2. AISYATUL NADIRAH No AKaun CIMB ISLAMIC 1301002147208 (Slip pembayaran sebagai bukti) (0142334603-DIRA)

*TARIKH TUTUP BAYARAN ADALAH PADA 27 OGOS 2011 (SABTU)

*SILA BERITAHU KEPADA PEMEGANG AKAUN TERBABIT SEKIRANYA PEMBAYARAN TELAH DILAKUKAN UNTUK MENGELAKKAN SEBARANG KESULITAN

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More